Sunday, January 10, 2010

Jom Sertai!!

Friday, January 1, 2010

MAKLUMAN PTPTN & JPA


Perhatian kepada semua pelajar UKM Kampus KL.

Berdasarkan makluman yang diterima, pinjaman PTPTN bagi kelompok pertama telah pun di masukkan ke dalam akaun pelajar. Manakala, bagi kelompok kedua pula akan di masukkan pada Februari 2010. Kelompok kedua adalah bagi pelajar-pelajar yang:

1. Lewat menghantar surat perjanjian kepada PTPTN
2. Mendapat pointer kurang daripada 2.00
3. Tidak membuat pendaftaran awal kursus


Bagi pemegang biasiswa JPA pula, pihak JPA telah mengesahkan kepada pihak UKM bahawa wang biasiswa akan di masukkan pada hujung Januari 2010.


Bagi para pelajar yang mempunyai masalah kewangan (JPA dan PTPTN), anda boleh mendapatkan duit pendahuluan sebanyak RM500.00 dengan mengisi borang permohonan yang terdapat di Unit Kaunseling, Tingkat 5 Blok E, UKM KL. Borang ini boleh diserahkan kepada Puan Wan yang akan berada di sana pada setiap hari Rabu. Walau bagaimanapun, para pelajar hanya layak memohon jika tidak mempunyai sebarang hutang pada Semester 1 (dikecualikan bagi hutang Semester 2). Duit pendahuluan ini akan ditolak daripada pinjaman/biasiswa anda apabila telah diterima kelak.

Bagi warga KTSN pula, Prof Madya Dr Ruzita Abd Talib, Pengetua KTSN telah berbesar hati untuk memberikan pinjaman kewangan kepada warga KTSN sahaja bermula pada 2 Januari 2010. Sila berhubung dengan Dr Zit bagi perkara yang selanjutnya.

Harap maklum.


“Aspirasi Sepakat Transformasi Gemilang”


Yang benar


Nur Hamizah Othman
Pengerusi Exco Pembangunan Akademik
PMUKM 08/09

Friday, November 20, 2009

ISU KEBAJIKAN: Perjumpaan Bersama Pendaftar Kampus KL

Pertama sekali, kami di pihak PMUKM kampus KL ingin mengucapkan selamat datang dan menjalankan tugas kepada En. Fairuz yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pendaftar Kampus KL yang baru.

Oleh itu, PMUKM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu perjumpaan bersama beliau bagi membincangkan mengenai beberapa permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa/i kampus KL. Untuk makluman, beliau baru dua minggu mula bertugas di sini. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh saya sendiri bersama seorang lagi PMUKM, saudari Nur Hamizah Bt Othman.

Antara perkara yang telah dibincangkan ialah:

1) Kafetaria di Kampus KL.
Kami di pihak PMUKM telah menjalankan 'survey' mengenai tahap kepuashatian mahasiswa/i bagi semua fakulti di kampus KL. Laporan mengenai 'survey' tersebut & beberapa cadangan telah diserahkan kepada beliau untuk penambahbaikan perkhidmatan kafetaria.

2) Isu Kerosakan di Dewan Kuliah
Kami telah mengutarakan permasalahan yang lama berlarutan ini berserta surat mengenai hal ini telah diserahkan kepada beliau untuk tindakan lanjut.

3) Isu Kecurian Di Kampus KL
Beberapa aduan yang kami terima daripada pelajar mengenai kecurian yang kerap berlaku terutama di tempat penyimpanan beg di perpustakaan dan makmal juga turut dimaklumkan.

4) Gelanggang Skuash di KTSN
Hal ini bukan terletak bawah bidang kuasa beliau, tetapi beliau telah sedia maklum mengenai perkara ini dan bersedia mengambil tindakan sepatutnya.

5) Bilik Aktiviti Pelajar
Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada penolong pendaftar KL sebelum ini. Mengikut beliau, satu tempat yang sesuai masih dicari untuk tujuan ini selepas cadangan asal, iaitu tapak kolam ikan berdekatan U Mart didapati tidak sesuai.

Beliau berjanji untuk membawa perkara-perkara ini dalam mesyuarat bersama pentadbiran UKM akan datang. Manakala kami di pihak PMUKM pula berharap agar perkara-perkara ini dipandang serius kerana hal melibatkan kebajikan para mahasiswa/i kampus KL adalah tanggungjawab semua pihak.



................................................................
MOHD HELMI BIN YAZID
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (FSKB)
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)





Friday, October 23, 2009

Penjelasan Penyelarasan Yuran Pengajian

Salam sejahtera,

Merujuk kepada tajuk di atas, di sini saya akan memberikan penjelasan agar isu ini dapat difahami oleh semua pihak terutamanya pelajar.

Pada sesi akademik 09/10, pihak UKM telah mengambil langkah untuk menyelaraskan yuran bagi semua tahun pengajian (Tahun 1-5) mengikut sistem pakej di mana, semua pelajar akan membayar amaun yg sama mengikut fakulti masing-masing. Bagi tahun 1 & 2, bayarannya adalah lebih daripada tahun 3 & 4. Hal ini kerana, unit yang di ambil oleh pelajar tahun 1 & 2 adalah lebih banyak berbanding tahun 3 & 4.

Sebagai contohnya, mengikut sistem pakej, semua pelajar FSKB tahun 1 & 2 akan dikenakan yuran rm800 bg setiap semestar dan tahun 3 & 4 akan dikenakan bayaran rm600 bg setiap semestar.Namun begitu, selepas perbincangan lanjut antara semua pihak, pihak UKM telah bersetuju untuk mengekalkan sistem PAKEJ bg TAHUN 1 & 2, tetapi mengenakan sistem UNIT bagi TAHUN 3 & 4.

*pengecualian utk FGG n FPER di mana sistem PAKEJ telah digunakan sebelum ini dan masih dikekalkan hingga kini*

Mengikut sistem unit, bg pelajar FSKB, berikut adalah kadar seunit::

Forensik, Audio, Fisio, EVH, Speech, OT, E-Med = rm40/seunit

Diet, Opto, PDR, Biomed, Nutri = rm35/seunit

Contoh 1: pelajar A= 18 unit x rm40 = rm720.00

*mengikut sistem UNIT, pelajar A perlu membayar yuran pengajian sebanyak rm720.

Tetapi, pada awal sesi akademik, pelajar A telah dikenakan bayaran mengikut sistem PAKEJ iaitu RM600 (seperti yg dapat di lihat dalam akaun kewangan pelajar). Oleh yang demikian, apabila sistem PAKEJ ditukar semula kepada sistem UNIT, pelajar A perlulah membayar tambahan kepada bendahari UKM sebanyak rm120 (rm720-rm600).

Contoh 2: pelajar B= 13 unit x rm40 = rm520.00

*mengikut sistem UNIT, pelajar B perlu membayar yuran pengajian sebanyak rm520.

Mengikut penjelasan yg sama seperti di atas, pelajar B perlu membayar sebanyak rm600 mengikut sistem PAKEJ. Tetapi, apabila sistem ini ditukar kepada sistem UNIT, pelajar ini telah pun membayar lebih kepada UKM sebanyak rm80.(rm520-rm600). Oleh itu, akaun pelajar B akan menjadi -rm80, bermaksud, pihak UKM berhutang dengan pelajar B sebanyak rm80.

Di harap anda semua jelas dengan penerangan ini. Sebarang pertanyaan, sila berhubung sendiri dengan saya atau mana-mana PMUKM. Sekian, terima kasih.


"ASPIRASI SEPAKAT TRANSFORMASI GEMILANG"


Nur Hamizah Othman
Pengerusi Exco Pembangunan Akademik
PMUKM 08/09

Saturday, October 17, 2009

MAKLUMAN: PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2009-2010 DAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2009-2010

Makluman kepada pelajar program prasiswazah agar mengambil tindakan seperti berikut:-

1. Sebelum Pendaftaran Awal dibuat semua pelajar adalah disyaratkan membuat
penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui laman
web http:www.ukm.my/smpweb mulai 21 September, 2009;

2. Pendaftaran Awal Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 akan diadakan
pada12 – 25 Oktober, 2009 (2 minggu)

3. Pendaftaran Awal adalah diwajibkan kepada semua pelajar program Ijazah
Pertama KECUALI pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian.

4. Semakan keputusan pemilihan Pendaftaran Awal kursus boleh dilakukan mulai
16 November, 2009;

Jika menghadapi sebarang masalah mengenai perkara di atas, sila emailkan kepada
smpweb@ukm.my atau akad@ukm.my atau datang sendiri ke kaunter Bahagian
Pengurusan Akademik/Fakulti untuk tindakan selanjutnya


Wednesday, October 7, 2009

PROGRAM BICARA WANITA MENDAPAT LIPUTAN MEDIA


Program Bicara Wanita Siri 1: Hak Dan Isu Wanita Masakini anjuran PMUKM dan Biro Informasi & Penerbitan JAKSA KTSN telah mendapat liputan daripada Berita Harian dalam sisipan ruangan Ratu dalam keluarannya pada Rabu (7/10/09).

Jika sebelum ini, program ini turut mendapat publisiti daripada media massa iaitu siaran secara langsung dalam program bual bicara di Astro Awani sehari sebelum program bermula, ruangan daripada Berita Harian ini lebih tertumpu kepada informasi-informasi yang telah disampaikan oleh ahli-ahli panel yang hadir dalam program tersebut. Sememangnya maklumat yang mereka diberikan sangat bermanfaat khususnya kepada golongan kaum hawa dalam menempuh gaya kehidupan pada masa kini.



Ruangan akbar mengenai program Bicara Wanita

keratan akhbar beberapa hari sebelumnya

Kami di pihak PMUKM berasakan program Bicara Wanita Siri 1: Hak Dan Isu Wanita Masakini telah mencapai objektifnya, iaitu memberi kesedaran kepada mahasiswi-mahasiswi UKM KL betapa pentingnya mengetahui hak-hak yang berkaitan agar apabila berlaku masalah atau krisis dalam kehidupan, mereka mengetahui apa yang perlu dilakukan terutamanya setelah menamatkan pengajian di UKM.

Tuesday, October 6, 2009

MAKLUMAN PENGINAPAN PELAJAR


1. Pengesahan Penginapan Kolej Kediaman Bagi Semester II Sesi 2009/2010
a) Sila buat pengesahan mulai 1 hingga 15 Oktober 2009
b) Selepas tarikh itu anda akan dikenakan denda sebanyak RM25.00 kerana lewat membuat pengesahan.
c) Pengesahan hendaklah melalui Web
d) Pendaftaran masuk kolej mulai 20 Disember 2009

2. Permohonan penginapan kolej kediaman Semester II Sesi 2009/2010
a) Pelajar yang tamat latihan industri dan pelajar yang tinggal di luar kolej, sila membuat permohonan melalui Web secara "On line" http://www.ukm.my/upp mulai 20 hingga 31 Oktober 2009
b) Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui Sms sebelum Semester II dibuka

3. Tarikh Akhir Penginapan Kolej Kediaman Dan Permohonan Penginapan Luar Semester I Sesi 2009/2010
a) Tarikh akhir mengosonglan bilik pada 14 November 2009
b) Permohonan penginapan luar semester (Isi Borang) mulai 1 hingga 15 Oktober 2009.


PMUKMKL SESI 2008/2009 © 2008. Template Design by SkinCorner