Friday, November 20, 2009

ISU KEBAJIKAN: Perjumpaan Bersama Pendaftar Kampus KL

Pertama sekali, kami di pihak PMUKM kampus KL ingin mengucapkan selamat datang dan menjalankan tugas kepada En. Fairuz yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pendaftar Kampus KL yang baru.

Oleh itu, PMUKM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu perjumpaan bersama beliau bagi membincangkan mengenai beberapa permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa/i kampus KL. Untuk makluman, beliau baru dua minggu mula bertugas di sini. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh saya sendiri bersama seorang lagi PMUKM, saudari Nur Hamizah Bt Othman.

Antara perkara yang telah dibincangkan ialah:

1) Kafetaria di Kampus KL.
Kami di pihak PMUKM telah menjalankan 'survey' mengenai tahap kepuashatian mahasiswa/i bagi semua fakulti di kampus KL. Laporan mengenai 'survey' tersebut & beberapa cadangan telah diserahkan kepada beliau untuk penambahbaikan perkhidmatan kafetaria.

2) Isu Kerosakan di Dewan Kuliah
Kami telah mengutarakan permasalahan yang lama berlarutan ini berserta surat mengenai hal ini telah diserahkan kepada beliau untuk tindakan lanjut.

3) Isu Kecurian Di Kampus KL
Beberapa aduan yang kami terima daripada pelajar mengenai kecurian yang kerap berlaku terutama di tempat penyimpanan beg di perpustakaan dan makmal juga turut dimaklumkan.

4) Gelanggang Skuash di KTSN
Hal ini bukan terletak bawah bidang kuasa beliau, tetapi beliau telah sedia maklum mengenai perkara ini dan bersedia mengambil tindakan sepatutnya.

5) Bilik Aktiviti Pelajar
Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada penolong pendaftar KL sebelum ini. Mengikut beliau, satu tempat yang sesuai masih dicari untuk tujuan ini selepas cadangan asal, iaitu tapak kolam ikan berdekatan U Mart didapati tidak sesuai.

Beliau berjanji untuk membawa perkara-perkara ini dalam mesyuarat bersama pentadbiran UKM akan datang. Manakala kami di pihak PMUKM pula berharap agar perkara-perkara ini dipandang serius kerana hal melibatkan kebajikan para mahasiswa/i kampus KL adalah tanggungjawab semua pihak.



................................................................
MOHD HELMI BIN YAZID
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (FSKB)
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)





0 comments:

Post a Comment

PMUKMKL SESI 2008/2009 © 2008. Template Design by SkinCorner