Friday, November 20, 2009

ISU KEBAJIKAN: Perjumpaan Bersama Pendaftar Kampus KL

Pertama sekali, kami di pihak PMUKM kampus KL ingin mengucapkan selamat datang dan menjalankan tugas kepada En. Fairuz yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pendaftar Kampus KL yang baru.

Oleh itu, PMUKM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu perjumpaan bersama beliau bagi membincangkan mengenai beberapa permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa/i kampus KL. Untuk makluman, beliau baru dua minggu mula bertugas di sini. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh saya sendiri bersama seorang lagi PMUKM, saudari Nur Hamizah Bt Othman.

Antara perkara yang telah dibincangkan ialah:

1) Kafetaria di Kampus KL.
Kami di pihak PMUKM telah menjalankan 'survey' mengenai tahap kepuashatian mahasiswa/i bagi semua fakulti di kampus KL. Laporan mengenai 'survey' tersebut & beberapa cadangan telah diserahkan kepada beliau untuk penambahbaikan perkhidmatan kafetaria.

2) Isu Kerosakan di Dewan Kuliah
Kami telah mengutarakan permasalahan yang lama berlarutan ini berserta surat mengenai hal ini telah diserahkan kepada beliau untuk tindakan lanjut.

3) Isu Kecurian Di Kampus KL
Beberapa aduan yang kami terima daripada pelajar mengenai kecurian yang kerap berlaku terutama di tempat penyimpanan beg di perpustakaan dan makmal juga turut dimaklumkan.

4) Gelanggang Skuash di KTSN
Hal ini bukan terletak bawah bidang kuasa beliau, tetapi beliau telah sedia maklum mengenai perkara ini dan bersedia mengambil tindakan sepatutnya.

5) Bilik Aktiviti Pelajar
Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada penolong pendaftar KL sebelum ini. Mengikut beliau, satu tempat yang sesuai masih dicari untuk tujuan ini selepas cadangan asal, iaitu tapak kolam ikan berdekatan U Mart didapati tidak sesuai.

Beliau berjanji untuk membawa perkara-perkara ini dalam mesyuarat bersama pentadbiran UKM akan datang. Manakala kami di pihak PMUKM pula berharap agar perkara-perkara ini dipandang serius kerana hal melibatkan kebajikan para mahasiswa/i kampus KL adalah tanggungjawab semua pihak.



................................................................
MOHD HELMI BIN YAZID
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (FSKB)
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)





Friday, October 23, 2009

Penjelasan Penyelarasan Yuran Pengajian

Salam sejahtera,

Merujuk kepada tajuk di atas, di sini saya akan memberikan penjelasan agar isu ini dapat difahami oleh semua pihak terutamanya pelajar.

Pada sesi akademik 09/10, pihak UKM telah mengambil langkah untuk menyelaraskan yuran bagi semua tahun pengajian (Tahun 1-5) mengikut sistem pakej di mana, semua pelajar akan membayar amaun yg sama mengikut fakulti masing-masing. Bagi tahun 1 & 2, bayarannya adalah lebih daripada tahun 3 & 4. Hal ini kerana, unit yang di ambil oleh pelajar tahun 1 & 2 adalah lebih banyak berbanding tahun 3 & 4.

Sebagai contohnya, mengikut sistem pakej, semua pelajar FSKB tahun 1 & 2 akan dikenakan yuran rm800 bg setiap semestar dan tahun 3 & 4 akan dikenakan bayaran rm600 bg setiap semestar.Namun begitu, selepas perbincangan lanjut antara semua pihak, pihak UKM telah bersetuju untuk mengekalkan sistem PAKEJ bg TAHUN 1 & 2, tetapi mengenakan sistem UNIT bagi TAHUN 3 & 4.

*pengecualian utk FGG n FPER di mana sistem PAKEJ telah digunakan sebelum ini dan masih dikekalkan hingga kini*

Mengikut sistem unit, bg pelajar FSKB, berikut adalah kadar seunit::

Forensik, Audio, Fisio, EVH, Speech, OT, E-Med = rm40/seunit

Diet, Opto, PDR, Biomed, Nutri = rm35/seunit

Contoh 1: pelajar A= 18 unit x rm40 = rm720.00

*mengikut sistem UNIT, pelajar A perlu membayar yuran pengajian sebanyak rm720.

Tetapi, pada awal sesi akademik, pelajar A telah dikenakan bayaran mengikut sistem PAKEJ iaitu RM600 (seperti yg dapat di lihat dalam akaun kewangan pelajar). Oleh yang demikian, apabila sistem PAKEJ ditukar semula kepada sistem UNIT, pelajar A perlulah membayar tambahan kepada bendahari UKM sebanyak rm120 (rm720-rm600).

Contoh 2: pelajar B= 13 unit x rm40 = rm520.00

*mengikut sistem UNIT, pelajar B perlu membayar yuran pengajian sebanyak rm520.

Mengikut penjelasan yg sama seperti di atas, pelajar B perlu membayar sebanyak rm600 mengikut sistem PAKEJ. Tetapi, apabila sistem ini ditukar kepada sistem UNIT, pelajar ini telah pun membayar lebih kepada UKM sebanyak rm80.(rm520-rm600). Oleh itu, akaun pelajar B akan menjadi -rm80, bermaksud, pihak UKM berhutang dengan pelajar B sebanyak rm80.

Di harap anda semua jelas dengan penerangan ini. Sebarang pertanyaan, sila berhubung sendiri dengan saya atau mana-mana PMUKM. Sekian, terima kasih.


"ASPIRASI SEPAKAT TRANSFORMASI GEMILANG"


Nur Hamizah Othman
Pengerusi Exco Pembangunan Akademik
PMUKM 08/09

Saturday, October 17, 2009

MAKLUMAN: PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2009-2010 DAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2009-2010

Makluman kepada pelajar program prasiswazah agar mengambil tindakan seperti berikut:-

1. Sebelum Pendaftaran Awal dibuat semua pelajar adalah disyaratkan membuat
penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui laman
web http:www.ukm.my/smpweb mulai 21 September, 2009;

2. Pendaftaran Awal Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 akan diadakan
pada12 – 25 Oktober, 2009 (2 minggu)

3. Pendaftaran Awal adalah diwajibkan kepada semua pelajar program Ijazah
Pertama KECUALI pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian.

4. Semakan keputusan pemilihan Pendaftaran Awal kursus boleh dilakukan mulai
16 November, 2009;

Jika menghadapi sebarang masalah mengenai perkara di atas, sila emailkan kepada
smpweb@ukm.my atau akad@ukm.my atau datang sendiri ke kaunter Bahagian
Pengurusan Akademik/Fakulti untuk tindakan selanjutnya


Wednesday, October 7, 2009

PROGRAM BICARA WANITA MENDAPAT LIPUTAN MEDIA


Program Bicara Wanita Siri 1: Hak Dan Isu Wanita Masakini anjuran PMUKM dan Biro Informasi & Penerbitan JAKSA KTSN telah mendapat liputan daripada Berita Harian dalam sisipan ruangan Ratu dalam keluarannya pada Rabu (7/10/09).

Jika sebelum ini, program ini turut mendapat publisiti daripada media massa iaitu siaran secara langsung dalam program bual bicara di Astro Awani sehari sebelum program bermula, ruangan daripada Berita Harian ini lebih tertumpu kepada informasi-informasi yang telah disampaikan oleh ahli-ahli panel yang hadir dalam program tersebut. Sememangnya maklumat yang mereka diberikan sangat bermanfaat khususnya kepada golongan kaum hawa dalam menempuh gaya kehidupan pada masa kini.



Ruangan akbar mengenai program Bicara Wanita

keratan akhbar beberapa hari sebelumnya

Kami di pihak PMUKM berasakan program Bicara Wanita Siri 1: Hak Dan Isu Wanita Masakini telah mencapai objektifnya, iaitu memberi kesedaran kepada mahasiswi-mahasiswi UKM KL betapa pentingnya mengetahui hak-hak yang berkaitan agar apabila berlaku masalah atau krisis dalam kehidupan, mereka mengetahui apa yang perlu dilakukan terutamanya setelah menamatkan pengajian di UKM.

Tuesday, October 6, 2009

MAKLUMAN PENGINAPAN PELAJAR


1. Pengesahan Penginapan Kolej Kediaman Bagi Semester II Sesi 2009/2010
a) Sila buat pengesahan mulai 1 hingga 15 Oktober 2009
b) Selepas tarikh itu anda akan dikenakan denda sebanyak RM25.00 kerana lewat membuat pengesahan.
c) Pengesahan hendaklah melalui Web
d) Pendaftaran masuk kolej mulai 20 Disember 2009

2. Permohonan penginapan kolej kediaman Semester II Sesi 2009/2010
a) Pelajar yang tamat latihan industri dan pelajar yang tinggal di luar kolej, sila membuat permohonan melalui Web secara "On line" http://www.ukm.my/upp mulai 20 hingga 31 Oktober 2009
b) Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui Sms sebelum Semester II dibuka

3. Tarikh Akhir Penginapan Kolej Kediaman Dan Permohonan Penginapan Luar Semester I Sesi 2009/2010
a) Tarikh akhir mengosonglan bilik pada 14 November 2009
b) Permohonan penginapan luar semester (Isi Borang) mulai 1 hingga 15 Oktober 2009.


Friday, September 18, 2009

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA WARGA UKM


Kami di pihak PMUKM kampus KL ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam khususnya buat semua mahasiswa/i UKM kampus KL.

Semoga segala amal soleh yang telah kita lakukan pada bulan Ramadhan kali ini dapat diteruskan buat bulan-bulan seterusnya. Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai suatu proses tarbiah kepada diri kita supaya menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.

Buat semua umat Islam, marilah sama-sama kita teruskan ibadat kita dengan amalan berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Dari Abu Ayyub radhiyallahu anhu:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup’.” [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164]

Akhir kata, kami ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua mahasiswa/i sekalian. Semoga selamat dalam perjalanan ke kampung halaman masing-masing.

Tuesday, September 15, 2009

LAWATAN MUHIBAH KE UUM


Program Lawatan Ke Universiti Utara Malaysia ini telah diadakan pada 12 September 2009 (SABTU). Rombongan yang terdiri daripada beberapa Majlis Tertinggi dan Pengerusi-pengerusi Exco PMUKM ini telah memulakan perjalanan pada malam 11 September 2009 dan disambut oleh ahli Majlis Perwakilan Pelajar UUM (MPP UUM) sebaik sahaja tiba di sana kira-kira jam 6.30 pagi.


Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Majlis Perwakilan Pelajar kedua-dua universiti, lebih-lebih lagi, ini merupakan satu kunjungan balas kepada lawatan mereka ke UKM beberapa minggu yang lepas. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mempelajari dengan lebih dalam tentang selok-belok sistem pengurusan yang diamalkan di UUM.





Agenda lawatan ini dimulakan dengan sesi dialog antara MMP kedua-dua universiti. Pada sesi ini, kami di pihak PMUKM telah diberi penerangan mengenai kaedah pengurusan yang diamalkan oleh pihak universiti di peringkat fakulti dan kolej kediaman. Kami juga telah bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu semasa dan permasalahan yang sering timbul di kalangan mahasiswa/i di kedua-dua universiti.




sebahagian ahli MPP UUM yang hadir

Buat pengetahuan semua, sejak tahun 2008, UUM telah mengalami proses transformasi di peringkat pengurusan atasan di mana 14 fakulti yang telah wujud sedia ada di UUM telah digabungkan menjadi hanya 3 kolej akademik iaitu College of Bisnes (COB), College of Arts & Sciences (CAS) dan College of Law, Government & International Studies (COLGIS). Hal ini bertujuan untuk melicinkan lagi sistem pentadbiran universiti serta memantapkan pengurusan dalam setiap program yang mereka tawarkan kepada mahasiswa/i.

Sementara itu, kolej kediaman pula telah dikenali sebagai Dewan Penginapan Pelajar, di mana setiap DPP akan mendapat tajaan daripada satu syarikat terkemuka di Malaysia seperti Petronas, Proton dan sebagainya.

Kami juga telah dibawa melawat di sekitar UUM untuk melihat prasarana-prasarana yang disediakan pihak universiti untuk kegunaan mahasiswa/i mereka. Rombongan kami bertolak pulang daripada UUM pada malam harinya setelah berbuka puasa bersama-sama ahli-ahli MMP mereka.



Presiden PMUKM, saudara Nasir bersama YDP MPP UUM

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa lawatan muhibah ke UUM ini telah memberi manfaat yang besar dan ilmu-ilmu yang baru khususnya kepada PMUKM. Semoga segala pengalaman berguna yang diperoleh di sana dapat diimplimentasikan di Universiti Kebangsaan Malaysia yang kita cintai.


Monday, September 7, 2009

FORUM BICARA WANITA SIRI 1: Isu dan Hak Wanita Masa Kini.



5 September 2009 (Sabtu). Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Siswa/i (JAKSA) Kolej Tun Syed Nasir, Biro Informasi & Penerbitan, dengan kerjasama saudara Mohd Helmi bin Yazid, Pengerusi Exco Kerohanian, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM). Diadakan di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir, UKM kampus KL.



Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para mahasiswi terutamanya tentang hak-hak mereka menurut perundangan negara disamping meningkatkan kefahaman dan kesedaran mereka dalam cara untuk melindungi diri daripada bahaya yang tidak mengenal mangsa.

Forum ini telah dihadiri oleh tiga orang ahli panel yang mahir dalam bidang masing-masing. Panel yang terlibat ialah ACP Suguram Bibi Munshi Deen (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual/ Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah PDRM), Prof. Madya Datin Noor Aziah Hj. Mohd Awal (Pensayarah Fakulti Undang-undang, UKM), dan Pn. Norsalina Salim (Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Pembangunan Wanita).



Untuk makluman juga, forum ini telah mendapat liputan publisiti secara langsung di saluran ASTRO AWANI, sehari sebelum program berlangsung. Melalui program bual bicara, program yang dipengerusikan oleh pengacara tv terkenal iaitu Suhaimi Sulaiman ini telah mengundang dua tetamu jemputan iaitu Nur Hamizah bt Othman, Pengerusi Exco Pembangunan Akademik PMUKM dan Dr. Roslee bin Rajikan, Timbalan Pengetua II KTSN. Pada hari forum berlangsung pula, liputan telah dibuat oleh wakil wartawan daripada Berita Harian.

Kami di pihak PMUKM berharap forum ini dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita, iaitu mahasiswi khususnya tentang betapa pentingnya mengetahui hak-hak yang berkaitan agar apabila berlaku masalah atau krisis dalam kehidupan, mereka mengetahui apa yang perlu dilakukan. Oleh kerana program ini cukup memberi manfaat khususnya kepada para mahasiswi, kami bercadang untuk meneruskan program ini dengan Forum Bicara Wanita Siri 2.


Wednesday, September 2, 2009

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI !!!


Kami di pihak PMUKM menjemput semua pelajar KTSN terutamanya para mahasiswi untuk menghadiri program BICARA WANITA SIRI 1: HAK DAN ISU WANITA MASA KINI yang membariskan 3 ahli panel berpengalaman pada hari Sabtu 5 September 2009 bermula 2.00 petang di DSG KTSN.

Ikuti isu-isu terkini mengenai wanita yang mungkin anda tidak ketahui.

ANJURAN: PMUKM DAN BIRO INFORMASI & PENERBITAN JAKSA KTSN




Tuesday, September 1, 2009

Pengesahan Masuk Peperiksaan Bermula Sekarang!!

Dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2009-2010 akan dijalankan pada 26 Oktober hingga 13 November.

Oleh itu, urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 31 Ogos hingga 6 September 2009
Tindakan yang saudara/i perlu lakukan ialah seperti berikut:

a. Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual
peperiksaan, maka saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekan
butang Sah.
atau

b. Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus
berturutan dalam satu hari maka saudara/i dikehendaki menekan butang
Bahagian Akademik dan mencetak paparan borang tersebut. Sila
catatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan Fakulti. Borang
tersebut hendaklah diserahkan ke Kaunter Bahagian Pengurusan
Akademik selewat-lewatnya pada 8 September 2009.

Saudara/i yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00

Kami di pihak PMUKM menasihatkan agar mahasiswa/i membuat tindakan awal untuk membuat pengesahan masuk peperiksaan supaya tidak berlaku sebarang masalah untuk menduduki peperiksaan semester 1 kelak.

Sunday, August 30, 2009

Kibarkan Jalur Gemilang

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52 buat semua rakyat Malaysia khususnya kepada mahasiswa/i UKM kampus KL.
Kami daripada pihak PMUKM berharap agar mahasiswa/i dapat menghayati erti kemerdekaan yang kita kecapi & mengisi kemerdekaan dengan menyumbang sesuatu yang berguna untuk negara.


..............................................................
MOHD HELMI BIN YAZID
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar FSKB
Pengerusi Exco Kerohanian
PMUKM 08/09


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK



Sunday, July 5, 2009

SELAMAT DATANG KE UKM


Kami di pihak PMUKM kampus Kuala Lumpur ingin mengucapkan selamat datang kepada semua mahasiswa/i baru sesi 2009/2010.

Ucapan tahniah kami berikan kerana anda semua telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, lebih-lebih lagi di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu salah satu universiti terkemuka di Malaysia.
Buat mahasiswa/i lain, selamat kembali ke kampus untuk meneruskan pengajian masing-masing.moga membawa azam yang tinggi untuk semester baru ini bagi mencapai kecemerlangan.


............................................................
MOHD HELMI BIN YAZID
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
Fakulti sains Kesihatan Bersekutu
merangkap Pengerusi Exco Kerohanian
PMUKM 08/09


Wednesday, May 6, 2009

Penjelasan Pihak Pentadbiran UKM: Isu Kenaikan Yuran Kolej



SALAH sebuah kolej kediaman di UKM, Bangi.



KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Tindakan pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mahu menyelaraskan kadar bayaran yuran untuk semua 13 buah kolej kediamannya merupakan punca yuran asrama beberapa buah kolej terbabit akan naik.

Penyelarasan yuran itu yang kini masih di peringkat perbincangan bakal menyaksikan kadar yang dikenakan sekarang iaitu di antara RM2.50 sehingga RM5.50 sehari diselaraskan kepada kadar di antara RM3 hingga RM4 sehari.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abd. Razak berkata, penyelarasan itu tidak dapat dielakkan ekoran kadar bayaran yuran yang berbeza di universiti itu mengikut kolej.

Katanya, penyelarasan yang akan diputuskan Majlis Pengurusan Universiti itu bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua pelajar yang membayar yuran kolej mengikut kadar yang berbeza.

"Hasil keputusan itu nanti akan turut melibatkan pandangan daripada pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (MPPUKM).

"Perkara itu (penyelarasan yuran) sememangnya dalam perbincangan namun ia tidak dilakukan dalam masa terdekat ini kerana pihak universiti faham dengan keadaan pelajar lebih-lebih lagi di saat kelembapan ekonomi,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Wednesday, April 29, 2009

PERUBAHAN TARIKH: Kursus Asas Keusahawanan (KAKS)

UNTUK MAKLUMAN

Terdapat perubahan tarikh bagi Kursus Asas Keusahawanan (KAKS) yg terbuka kepada pelajar tahun akhir seperti berikut;

Tarikh: 8 - 13 Mei 2009 (Jumaat hingga Rabu)
Masa: 2.30 petang (bertolak dari Foyer PUSANIKA)
Tempat: Tekam Plantation Resort, Jerantut, Pahang

Sila bawa bersama laptop (jika ada) bagi kegunaan di sana
Tarikh akhir bagi penyertaan adalah pada 30 April 2009

Saturday, April 25, 2009

Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS)

Perhatian buat pelajar-pelajar tahun akhir,

Dimaklumkan bahawa Bhg Akademik Kolej bersama-sama Program Keusahawanan, Bhg Persatuan & Pengantarabangsaan, Pusat Perkembangan Pelajar akan mengadakan Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) seperti ketetapan berikut;

Tarikh: 11 hingga 15 Mei 2009
Tempat: akan dimaklumkan kemudian

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan & menjana minat pelajar tahun akhir dalam memilih keusahawan sbg kerjaya pilihan mereka

Bagi yang berminat sila berhubung dengan saya (0136531614) atau email helmi_pmukm@yahoo.com sebelum 30 April 2009


Mohd Helmi Yazid
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
FSKB

Tuesday, April 14, 2009



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW, sahabat-sahabat Baginda, ahli keluarga Baginda dan yang mengikuti mereka itu sehingga ke hari kiamat. Kesyukuran dipanjatkan setinggi-tinggi buat-NYA kerana memberi kita nikmat yang paling besar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI 2008/2009

SEMOGA MEMPEROLEHI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG


…………………………………………………
MOHD HELMI BIN YAZID
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2008/2009
(MPP FSKB)

KURSUS PEMBANGUNAN PEMUDAHCARA MINGGU MESRA PELAJAR (MMP) 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa 70 orang para pelajar Kolej Tun Syed Nasir telah dipilih untuk menjadi pemudahcara pada Minggu Mesra Pelajar 2009 yang akan berlangsung pada 28 Jun hingga 5 Julai 2009. Sehubungan itu, satu Kursus Pembangunan Pemudahcara MMP akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 9 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna KTSN
Peserta : 70 orang pemudahcara KTSN

Thursday, April 9, 2009

ONE MALAYSIA : KABINET


PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
(Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
(Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
(Unit Perancang Ekonomi)
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom
(Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-Timbalan Menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk S.K. Devamany
Ahmad Maslan
T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:
Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
Datuk Hamzah Zainudin


MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:

Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
A.Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M.Saravanan

Sunday, March 22, 2009

EARTH HOUR 2009

Tahun ini, Earth Hour telah menjadi berubah menjadi pilihanraya global pertama di dunia, antara Bumi dan Pemanasan Global.

Apa itu Earth Hour?


Earth Hour adalah acara antarabangsa tahunan yang diilhamkan oleh WWF (World Wildlife Foundation), yang meminta keluarga dan syarikat-syarikat untuk memadamkan lampu-lampu dan alat-alat elektrik mereka yang tidak perlu untuk sejam untuk menimbulkan kesedaran ke keperluan untuk mengambil tindakan mengenai perubahan iklim. Ia telah dipelopori oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007, dan mencapai penyertaan yang di seluruh dunia pada 2008.



Untuk kali pertama dalam sejarah, rakyat berbilang umur, bangsa, kaum dan latar belakang telah berkesempatan menggunakan suis lampu mereka seperti undi mereka – Memadamkan suis lampu sebagai satu undi untuk Bumi, atau mengabaikannya sebagai satu undi untuk pemanasan global. WWF adalah mendesak dunia kepada VOTE EARTH dan mencapai sasaran itu 1 bilion undi, yang akan dibentangkan kepada pemimpin-pemimpin dunia pada Persidangan Global Climate Change di Copenhagen 2009.


Persidangan ini akan menentukan dasar kerajaan yang rasmi untuk mengambil tindakan menentang pemanasan global, yang akan menggantikan Kyoto Protocol. Ia adalah peluang untuk rakyat dunia bagi menjadikan suara mereka didengari.


Earth Hour bermula di Sydney pada 2007, semasa 2.2 juta kediaman dan perniagaan memadamkan lampu selama sejam. Pada 2008 mesej itu telah menjadi satu pergerakan ketahanan yang global, dengan 50 juta pendudukmemadamkan lampu-lampu mereka. Mercu tanda global seperti Golden Gate Bridge di San Francisco, Rom Colosseum, Sydney Opera House dan papan iklan Coca Cola di Times Square memadamkan lampu dan kesemua berada dalam kegelapan.



Pada 2009, Earth Hour sedang mengorak langkah ke peringkat seterusnya, dengan menyasarkan 1 billion penduduk memadamkan lampu mereka sebagai sebahagian daripada satu undian global. Sebarang pilihanraya berbeza dalam sejarah, ia bukan tentang negara apa anda daripada, tetapi sebaliknya, planet apa anda daripada. VOTE EARTH adalah satu panggilan global untuk tindakan untuk setiap individu, setiap perniagaan, dan setiap kaum. Satu panggilan untuk sama-sama berdiri dan mengawalnya demi masa depan planet kita. Lebih 74 buah negara dan wilayah-wilayah telah menyatakan sokongan mereka kepada VOTE EARTH sepanjang Earth Hour 2009, dan jumlah ini sedang tumbuh setiap hari.


Antara Badan Kerajaan dan NGO Malaysia yang telah bersetuju untuk menyertai Earth Hour ialah:


DBKL - DBKL telah mengesahkan Dataran Merdeka akan digelapkan dalam sokongan bagi Earth Hour Malaysia!



Bangunan-bangunan lain yang turut serta ialah

  • Bangunan Sultan Abdul Samad
  • Perpustakaan DBKL
  • Menara 1 DBKL, Jalan Raja Laut
  • Menara 2 DBKL, Jalan Raja Laut
  • Menara 3 DBKL, Jalan Raja Abdullah
  • Bangunan Kelab DiRaja Selangor

KLCC - Ikon Malaysia Menara Berkembar Petronas akan memadamkan lampu yang tidak diperlukan untuk sejam sebagai sokongan kepada Earth Hour.



Sunway Integrated Resort - Seluruh Sunway Intergrate Resort akan memadamkan lampu yang tidak diperlukan selama sejam untuk menyokong Earth Hour. Terdapat juga satu acara diadakan sempena Earth Hour yang bertempat di Sunway Pyramid, sila layari laman web Earth Hour Malaysia untuk maklumat lanjut.



Antara bangunan Sunway Integrated Resort yang terlibat ialah:

  • Sunway Pyramid
  • Sunway Lagoon
  • Sunway University College
  • Sunway Resort Hotel & Spa
  • Sunway Medical Centre
  • Menara Sunway

KL Sentral - Hub Transit Terbesar di KL juga menyertai kempen menentang Pemanasan Global


Menara KL - Menara Tertinggi di Malaysia akan digelapkan selama sejam sebagai satu undi untuk Bumi!


Jambatan Pulau Pinang - Jambatan terpanjang di Malaysia juga tidak ketinggalan.

Wednesday, March 18, 2009

Kursus Asas MS ISO9001:2008

Kursus Asas MS ISO 9001:2008 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 21 mac 2009
Tempat : Dewan Seminar 1, Kolej Kris Mas.
Masa : 8.00 pagi- 4.30 petang

Siapa yang patut hadir?

1- EXCO PMUKM dan ahli PMUKM
2- EXCO JAKSA dan Persatuan Kelab
3- Individu yang berminat (tahun akhir diutamakan)

(Pelajar yang berminat menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) diwajibkan hadir)

Pendaftaran awal- sila berurusan di pejabat PMUKM mulai sekarang


Satu slot kursus hanya boleh menampung seramai 120 orang peserta sahaja.
yuran/pelaburan sebanyak RM25 sahaja. Minum pagi, makan tengah hari, minum petang, hand out dan sijil penyertaan disediakan.

Penganjur bersama : Bahagian Jaminan Kualiti, Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat UKM dan PMUKM.

26 Februari 2009.

SEKADAR RENUNGAN UNTUK BAKAL GRADUAN UKM
Berikut adalah soalan lazim yang sering dikemukakan oleh majikan dalam temuduga kerja, samaada di sektor industri/korporat mahupun sektor awam.

1-adakah anda berminat bekerja di tempat kami?
2- jika ya, kenapa?
3-apakah yg anda paham tentang istilah kualiti dan produktiviti?
4-bolehkan anda membantu kami membangunka sistem pengurusan kualiti mengikut piawai/ stadart dunia?
5-petrnahkah anda dengar istilah/konsep MS ISO 9000?
6-Apakah yang anda paham denga piawai MS ISO 9001 : 2000
7-Bilakah piawai versi baru (MS ISO 9001 :2008) Mula berkuat kuasa?
8-Apakah kaitan MS ISO 9000 dengan Total Quality Management (TQM)
9-Apakah sumbangan pensijilan MS ISO 9001:2000 terhadap prestasi dan daya saing Organisasi.
10- dan banyak lagi soalan lagi....

insya Allah, menerusi program ini anda akan mengetahui jawapannya.

Sunday, March 15, 2009

Peneraju Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2008/2009



TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS
PMUKMKL SESI 2008/2009 © 2008. Template Design by SkinCorner