
Program Lawatan Ke Universiti Utara Malaysia ini telah diadakan pada 12 September 2009 (SABTU). Rombongan yang terdiri daripada beberapa Majlis Tertinggi dan Pengerusi-pengerusi Exco PMUKM ini telah memulakan perjalanan pada malam 11 September 2009 dan disambut oleh ahli Majlis Perwakilan Pelajar UUM (MPP UUM) sebaik sahaja tiba di sana kira-kira jam 6.30 pagi.
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Majlis Perwakilan Pelajar kedua-dua universiti, lebih-lebih lagi, ini merupakan satu kunjungan balas kepada lawatan mereka ke UKM beberapa minggu yang lepas. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mempelajari dengan lebih dalam tentang selok-belok sistem pengurusan yang diamalkan di UUM. Buat pengetahuan semua, sejak tahun 2008, UUM telah mengalami proses transformasi di peringkat pengurusan atasan di mana 14 fakulti yang telah wujud sedia ada di UUM telah digabungkan menjadi hanya 3 kolej akademik iaitu College of Bisnes (COB), College of Arts & Sciences (CAS) dan College of Law, Government & International Studies (COLGIS). Hal ini bertujuan untuk melicinkan lagi sistem pentadbiran universiti serta memantapkan pengurusan dalam setiap program yang mereka tawarkan kepada mahasiswa/i.
Sementara itu, kolej kediaman pula telah dikenali sebagai Dewan Penginapan Pelajar, di mana setiap DPP akan mendapat tajaan daripada satu syarikat terkemuka di Malaysia seperti Petronas, Proton dan sebagainya.
Sementara itu, kolej kediaman pula telah dikenali sebagai Dewan Penginapan Pelajar, di mana setiap DPP akan mendapat tajaan daripada satu syarikat terkemuka di Malaysia seperti Petronas, Proton dan sebagainya.
Kami juga telah dibawa melawat di sekitar UUM untuk melihat prasarana-prasarana yang disediakan pihak universiti untuk kegunaan mahasiswa/i mereka. Rombongan kami bertolak pulang daripada UUM pada malam harinya setelah berbuka puasa bersama-sama ahli-ahli MMP mereka.
Presiden PMUKM, saudara Nasir bersama YDP MPP UUM
Presiden PMUKM, saudara Nasir bersama YDP MPP UUMSebagai kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa lawatan muhibah ke UUM ini telah memberi manfaat yang besar dan ilmu-ilmu yang baru khususnya kepada PMUKM. Semoga segala pengalaman berguna yang diperoleh di sana dapat diimplimentasikan di Universiti Kebangsaan Malaysia yang kita cintai.
0 comments:
Post a Comment