Sunday, March 15, 2009

Pendaftaran Kursus Sem 3 Sesi 2009/2010

Dimaklumkan bahawa semesta 3 Sesi Akademik 2008/09 akan diadakan mulai 11 Mei 2009 hingga 21 jun 2009 (6 minggu). Oleh itu,saudara/i diharap dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi melancarkan proses pendaftaran kursus ini.

a. Pendaftaran kursus akan dijalankan mulai 16-20Mac 2009 (seminggu) melalui http://www.blogger.com/www.ukm.my/smpweb .

b. Fakulti yang menawarkan kursus adalah seperti berikut:

i) Pusat Pengajian Umum
ii) Fakulti Ekonomi & Perniagaan
iii) Fakulti Pendidikan
iv) Fakulti Sains & Teknologi
v)Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
vi)Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
vii) Fakulti Teknologi & Sains Maklumat

c.Pelajar yang berada dalam kategori Lulus Bersyarat (LB) pada semesta 1 sesi 2008/09 dinasihatkan tidak mendaftar pada sem 3 ini.

d. Syarat pendaftaran sem 3 ialah:

i)Pendaftaran sem 3 sesi 2008/09 adalah pilihan

ii)Pelajar dibenarkan menganbil tidak lebih 3 kursus sahaja

iii) Pelajar hanya boleh menambah dan menggugurkan kursus semasa minggu pendaftaran kursus sahaja

iv) Penarikan kursus boleh dilakukan sehingga minggu ke-5 perkuliahan iaitu sehingga 14 Jun 2009 dan diberi gred TD

v)Permohonan bagi tidak mengikuti sem 3 bagi pelajar yang telah mendaftar kursus pada minggu pendaftaran hendaklah dibuat secara rasmi kepada timbalan Pendaftar (akedemik) setelah disokong oleh Dekan Fakulti sebelum 15 Mei 2009 untuk mendapat pelepasan yuran. Permohonan selepas tarikh itu akan dikira menarik diri dan diberi gred TD.

vi) Gred yang diperoleh pada sem 3 tidak diambil kira dalam PNGK pada sem berikutnya ( sem 1 sesi 2009/2010)

vii) kursus yang kurang 10 orang pelajar akan dibatalkan dan diminta mendaftar kursus pada sem berikitnya.

viii) Bagi kursus U2 dan U3 yang ditawarkan Pusat Pengajian Umum, keutamaan diberi kepada pelajar tahun akhir yang akan menamatkan sesi pembelajaran pada 2008/09.

Sebarang masalah email kepada smpweb@pknet.cc.ukm.my atau http://www.blogger.com/akad@pkrisc.ukm.my atau datang sendiri ke Kaunter Bahagian Akedemik/Fakulti untuk tindakan selanjutnya.

0 comments:

Post a Comment

PMUKMKL SESI 2008/2009 © 2008. Template Design by SkinCorner