
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya PMUKM telah ditubuhkan pada 14 September 1970 dan merupakan persatuan induk serta badan tertinggi yang menerajui semua persatuan pelajar. Teraju kepimpinan PMUKM dipilih sendiri oleh para mahasiswa melalui proses pilihanraya kampus yang diadakan pada setiap sesi.. Matlamat utama penubuhan PMUKM adalah untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa kampus disamping menyatupadukan seluruh mahasiswa/i tanpa mengira bangsa dan agama. Bentuk pentadbiran tidak berubah sejak dari tarikh penubuhannya tetapi teknik perlaksanaan organisasinya berubah sedikit akibat berkuatkuasa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU pindaan 1975). Dalam seksyen 48 ada menyatakan bahawa pelajar-pelajar luar negara hendaklah kesemuanya menjadi satu badan yang dinamakan kesatuan–kesatuan pelajar universiti. Kesatuan ini hendaklah memilih satu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).Mahasiswa ijazah pertama yang berdaftar akan menghadapi satu proses pengundian untuk memilih perwakilan di kawasan umum seramai 9 orang dan 3 orang calon di kawasan fakulti. MPP yang telah memenangi kawasan masing-masing akan memilih antara ahli-ahlinya seorang Speaker, Presiden, Setiausaha Agung, Naib Presiden dan Bendahari. Manakala bagi portfolio yang lain akan ditentukan oleh presiden dan exco-exco yang terpilih. Buat tatapan pengunjung laman ini yang dikasihi, para pemimpin pelajar yang memegang pucuk pimpinan ini sebenarnya dipilih melalui proses pilihanraya pelajar yang diselenggara oleh pihak universiti sendiri. Setiap pimpinan adalah terdiri daripada MPP yang merupakan calon-calon pilihan raya dari kawasan umum dan fakulti yang menang dalam pilihanraya.
0 comments:
Post a Comment